Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, July 1, 2012

KehidupanKU

 السلام عليكم

Huh..Aku engat aku dah lupa kat blog nie
8 Bln dah kot
besala org sudah bekerjaya...
ginilah mana ada masa nak layan kehidupan maya..
P kija balik kija..pastu lotih..pastu tidoq..Huhhh
At least rini aku update la juga..tamplate baru nie...hihi


For my follower yg sememangnya x follow pon..
aku mintak maap sbb x update..
entah kenapa diriku terlalu sibuk dengan keja2 dunia..




Tapi2...aku kini mungkin sedikit berubah...mungkin la
entah macam mana nak cerita..slow2 la aku updates
setakat tu ja kot..




Kini aku mengejar sesuatu yg diidam2kan setiap jiwa insan
sesustu yg jarang2 didengar...jeng3
sungguh aku tidak pernah menyangka kan kertemu
tapi yakinlah ia adalah kehendak tuhanku yg bersifat dgn jamal dan jalal
mentadbir seluruh alam, dilangit dan di bumi..


firman tuhan:

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


(surah Al-hadid ayat 3)

letak gambaq satu kot wat semangat...:D

Hidup dalam kalimah agung


Monday, November 14, 2011

Dunia Mereka!!

Assalamualaikum....




Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Ali ‘Imran, 169)


Baru2 ni ana ada belajar tafsir ayat dalam salah satu ayat dalam surah ali Imran (keluarga Imram). Tiba2 rasa nak activ kan balik blog ni dah lama menyepi rasanya..Insyaallah.

Jihad, Inilah kalimah yang cuba dilenyapkan oleh barat dan kufar yang menentang Islam, Kerana aura jihad mempunyai kekuatan yang luar biasa dan boleh menyabab seseorang itu bertindak di luar kebiasaan manusia biasa. Lantaran janji tuhan kepada pemburu syahid sangatlah besar sehingga tuhan Allah memberi satu offer yang diluar jangkaan dan terlalu istimewa. Apakah keistimewaan itu?




Tahukah sahabat2 ku betapa berat nya azab ketika hendak sakaratul maut. Ada riwayat menyebutkan bahawa azabnya ketika seseorang itu menghadapi sakaratul maut adalah seperti langit ditarik kebumi manakala bumi pula ditarik keatas lalu berhimpit keduanya dan kita berada diantara keduanya menangung azab dicabutnya ruh dari jasad.
Kemudian seseorang itu bakal berhadapan dengan azab dikubur sementara menanti berlaku nya kiamat. Disoal oleh malaikat yang datang padanya, jika x dapat menjawab akal dipukul kedalam bumi lalu dicungkil keluar dan berulang2 kali. Selepas itu, seseorng itu terpaksa menghadapi dasyatnya suasana padang mahsyar yang matahari hanya sejengkal diatas kepala dan penuh dengan huru hara. Setiap manusia akan dihisap, melalui titian sirat dan bermacam2 lagi liku2 hari pembalasan yang belum tentu mencukupi amalan kita didunia...moga2 Allah mengampunkan kita...Amiiin

Nah itulah dasyatnya alam2 yg bakal kita lalui kelak. Namun begitu sedarkah kita ada satu anugerah Allah kepada makhluknya yang beriman bahawa dia akan melepaskan semua siksaan itu dan terus diarak ruh nya ke syurga? Sudah pasti Ada itulah mati sebagai seorang syuhada bertempur di medan perang bagi memuliakan ugama Allah diatas muka bumi ini.

Ketika mana ruhnya hendak dicabut Allah hilangkan segala kesakitan dan diangkat hijab supaya dia dapat melihat syurga yang siap sedia menantinya. Berbeda dengan kematian biasa kita terpaksa berhempas pulas tapi orng yang syahid mudah ruhnya keluar walaupun jasadnya ada yg sangat ngeri akibat cedera dalam peperangan. Pernah nabi Ibrahim meminta kepada malaikat maut untuk melihat wajahnya yg sebenar ketika datang untuk melaksanakan tugas mencabut nyawa org yang munafik, fasik dan kafir. Lantaran muka malakul maut yg cukup garang ketika berjumpa dengan nya...lalu malakul maut berkata bahawa kamu pasti tidak mampu melihatnya..Namun nabi Ibrahim mendesak sehingga setuju...lalu diarahkan nabi Ibrahim berpusing kebelakang dan menoleh kembali untuk melihat wajah ketika mendatangi 3 golongan itu...Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim melihat malakul maut lalu jtuh pengsan kerana teramat terkejut dengan rupa begis malakul maut itu...Allahuakbar

Manakala dia pula terlepas segala kepayahan dialam sana tidak ada azab kubur, hari penghisaban, melalui titian sirat DLL kerana terus diarak ke syurga sebagai anugerah Allah kepada hambanya yg berjuang memuliakan ugama Allah. This is the short cut, the ways given by Allah to escape all the azabs that we can’t be imagine.
Adakah tawaran yg hebat lebih daripada ini lg? hanyasanya orng yg berakal waras shj dapat membuat penilaian yang bijak kerana tawaran sebegini adalah untuk orng2 yg benar mengharap redho tuhannya.

Ada satu kisah pada zaman rasullallah, kisah yg diriwayatkan seorng ibu yg mempunyai 4 orang anak lelaki, apabila diseru keluar berjihad dia dengan yakin mengahantar seorang anak nya ke medan jihad bagi menyertaii rasullallah dalam peperangan. Setelah habis peperangan dikhabarkan kepadanya bahawa anak sulung nya telah syahid. Bila ada lg peperangan dia menghantar lg anak nya pergi sehingga lah anaknya yg ke-4 dan semua mendapat syahid. Lalu bila dia mendapat pengkhabaran bahawa anak bongsu nya turut syahid dia terus menangis. Apabila ditanya kenapa menangis Adakah sebab anak bongsu kau dan kau menyayangi nya? dia menjawab apabila rasullallah menyeru lg kepada jihad aku sudah tidak ada apa2 untuk diberi lg kerana suma anak ku telah gugur di medan peperangan. Itulah Jiwa Ummi yang sejati yang melihat wawasan akhirat sebagai yg utama melibihi sayang nya pada dunia.





Sama hal nya,kisah Ibu2 di kawasan bergolak kashmir pakistan dan India..setiap bayi yang dibuaikan didendangkan lagu2 jihad ketika hendak menidurkan bayi2 mereka. Dari kecik mereka diasuh supaya menjadi pejuang dan merebut gelaran syuhada seperti ayah2 mereka yang menjadi benteng hadapan bagi memuliakan ugama Allah diatas muka bumi ini...Allahuakbar!!!!



It’s the right time to correct our mine, mana2 bumi Islam yang bergolak bukan satu kesusahan dan mana2 bumi Islam yang aman bukan bererti kehebatan.Bahkan mana2 bumi islam yang berada dalam konflik peperangan adalah anugerah Allah yang terlalu besar buat mereka kerana meraka adalah pilihan tuhan mendapat syahid didalam kematian mereka. Jiwa mereka kental, matlamat mereka satu, dan hari2 yang mereka lalui adalah memikirkan tentang perjuangan. Mereka tidak pernah lari dami bumi mereka bahkan tidak pernah merungut akan jiwa2 muslim lain yg tidak menghiraukan mereka.Tetapi kita dibumi yang aman ini hanya memikirkan isi perut dan angan dunia yg tidak sudah..Lindungi kami YaAllah dari bala Mu...Amin

Bukan lah senang seperti yg disangka untuk berjihad perang era sekarang seperti yang berlaku di palestin, iraq, Afghan, chechen, dan LL kerana mereka terpaksa mengahadapi berbagai2 kepayahan dan ujian yg tak pernah surut saban hari...Buat masa ini mari lah kita kirim sejata doa kita kepada sahabat2 kita di bumi jihad di seluruh dunia..moga2 kita mendapat tempias semangat jihad mereka seterusnya berjihad bersama2 mereka membela UGAMA Allah yang mulia ini.

Keistimewaan org yang syahid ini diiktiraf oleh Allah sehingga bertanya kan kepada sekalian syuhada itu apakah yang mereka mahukan dari Allah..Tetapi jawapan mereka adalah mereka ingin hidup kembali didunia lalu berperang lalu mati syahid sekali lg kerana terlalu hebatnya Mati syahid dengan nikmat nya yang terlalu besar. Namun Allah hanya mentakdirkan setiap jiwa hanya dgn sekali kehidupan dan Allah mengantikannya dengan mengazetkan kisah mereka didalam Alquran sebagai pembakar semngat kaum mukmin. Subhannallah tidak ada jiwa yang merindui tuhannya melaikan pasti akan bercita2 untuk mati syahid dan berjuang menegakan ugama Allah ini kerana ia adalah janji tuhannya yang pasti.

Dibawah salah satu video kehidupan sahabat kita di chechen yang berhujan kan bom dan peluru...semoga mereka dianugerahkan syahid atau kemenangan melawan russia laknatullah.Takbir!!!!



Wallahu'aqlam

Friday, February 11, 2011

Hakikat UMUR

Assalamua'laikum

Pada suatu hari Ketika berjalan kaki nabi Musa as ternampak seorng perempuan tua sedang menangisi akan sesuatu. Lalu baginda menghampiri wanita tersebut lantas bertanya akan masalah yg sedang dihadapi....berlaku lah dialog diantara kedua2 nya....Lastas makcik dengan nada yg terketar2 memkhabarkan pada baginda bahawa dia baru sahaja kematian anak kesayangannya...Selepas mendengar penjelasan dari makcik td baginda bertanya akan umur anak nya...Anak nya meninggal dunia genap 100 tahun..

Mendengar perkabaran itu banginda tersenyum....Baginda bertanya sekali lagi pada makcik berapa kah umurnya sekarang?...Perempuan td menjadi hairan dengan perbuatan nabi musa lalu menkhabarkan bahawa umurnya sudah menjangkau 400 tahun...Baginda tersenyum..............

Wahai makcik tahukah kamu bahawa kamu masih sangat beruntung kerana anak kamu dikurniakan umur yg masih panjang jika nak dibandingkan dengan umur umat nabi muhammad di akhir zaman nanti....purata umur mereka hanya di sekitar 60 ke 70 sahaja... terdiam makcik td mendengar kata2 yg terbit dari mulut nabi musa AS...

Mak cik itu bersuara....kalau begitu Jika ditakdirkan aku berada diakhir zaman nescaya aku tidak akan berhajat untuk membina pondok usang tempat tinggal aku skrang ini...mesti aku x akan sempat berbuat apa2 dengan masa yg sesingkat itu....kebetulan makcik ini mempunyai sebuah pondok usang yg menjadi kediaman bersama anaknya...



Namun begitu nabi musa AS menafikan pandangan makcik td....Bahkan ummat Muhammad di akhir zaman mereka membina rumah kediaman yg mewah2 mereka hidup dengan keadaan yg senang lenang...Makcik itu menjadi terpegun dengan kenyataan yg dinyatakan oleh nabi musa AS....Dengan masa yg sesingkat itu masih sempat untuk bermegah2 dengan rumah besar dan bersenang2 dengan kehidupan....


Nah sahabat2 ku, Sungguh masa yg dianugerahkan oleh Allah kepada ummat akhir zaman sungguh singkat berbanding ummat terdahalu...maka aku memperingati diri sendiri dan sahabat2 agar sentiasa beringat akan hari yg bakal menjemput kita...sesungguhnya dunia ini adalah sesuatu yg hina disisi Allah SWT dan engatlah ketika mana Allah menciptakan dunia ini, DIA tdk memandang padanya kerana tiada nilai disisi nya...Kalau lah ia bernilai dengan sebelah sayap nyamuk sekali pun maka nescaya Allah tidak akan memberi minum seteguk air pun pada org2 kafir(engkar) kepadaNya....
Firman Allah SWT dalam surah sajdah ayat 12:



Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
WALLAHUA’LAM

Tuesday, January 4, 2011

Makanan

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah....dapat sekali lg meluangkan masa di blog yg serba kekurangan ini....kebelakangan ini banyak betul ujian2 yg terpaksa ditempuh....kerana yg pasti manusia itu tidak sunyi dari ujian....moga2 Allah memudahkan hamba2 nya menghadapi ujian2 yang mendatang...ameeen..

Terdengar satu kisah yang dengar dalam satu kelas pengajian....rasa nak kongsi plak....tapi takut juga nak kongsi sbb ini bukan tahap amalan aku, tapi bolehlah untuk sama2 kita megambil iktibar..... kisah ini berlaku pada salah seorang sahabat nabi yakni Abu hurairah.....

Kisah ini bermula kerna abu hurairah sudah beberapa hari tidak makan kerana tiada makanan...lalu beliau mencari jalan agar dapat menghilang kan sedikit lapar nya....lalu dia menunggu di pertengahan jalan....dan berbuat menanyakan soalan yg rumit2...dengan harapan apabila perbincangan menjadi semakin panjang dia akan diajak kerumah untuk berbicara panjang dan dapatlah dia mendapat sedikit makanan untuk menghilangkan laparnya.....

Tiba2 lalulah abu bakar....terus shj beliau megemukakan soalan pada abu bakar...namun mengecewakannya kerana abu bakar dapat menjawabnya tanpa abu bakar dapat merasakan apa sebenarnya tujuan sahabat nya bertanyakan soalan......
Beliau terus menunggu...tiba2 datang pula umar....terus juga beliau bertanya...namun sama juga seperti abu bakar, umar dapat menjawab dan tidak dapat mengagak tujuan sebenar sahabatnya bertanya soalan rumit2....

Beliau terus hampa....Dari jauh rasullallah melihat telatah sahabatnya itu....Dan dapat mengagak apa yg sedang dilakukan oleh shabatnya itu....lalu rasullallah menjemput shabatnya itu kerumah baginda.... rasullallah bertanya pada Aisyah...ada apa2 itu dijamu pada sahabat nya itu....Aisyah menjawab tidak ada apa2 dirumah rasullallah kecuali hanya semangkuk susu yg diberi seseorang pada rasullallah...begitulah keadaan rumah rasullallah sngat bersederhana........... rasullallah lantas menyuruh abu hurairah pergi mendapat sahabat2 yg lain yg sedang beribadat (suffah) di masjid nabi supaya datang kerumahnya juga....Abu hurairah menjadi hairan macam mana nak diagihkan susu yg semangkuk itu...walhal sahabat yg lain sgt ramai....




Namun begitu beliau terus melaksanakan seperti apa yg diminta oleh rasullallah....lalu rasullallah memberi dari setiap sahabatnya minum sehingga masing2 kenyang....lalu tinggal yg belum minum adalah rasullallah dan abu hurairah.... lalu rasullallah menyuruh abu hurairah minum susu itu...beliau pun minum susu itu....dan rasullallah bertanya “sudah kenyangkah?” beliau menjawab “ tidak”...lantas rasullallah menyuruh beliau minum sehingga kenyang selepas itu barulah rasullallah minum....disini jelaslah susu itu bertambah kerana ia nya adalah mukjizat yg dianugerahkan oleh Allah kepada kekasihnya.....

Kisah ini diselitkan ketika membincangkan martabat makanan yg diambil oleh orng2 yg berjalan menuju Allah.....Sekian......

Saturday, December 18, 2010

Hidup Baru

Assalamualaikum

Hari berganti hari....sedar2 umur pun dah tua...sekarang aku memulakan hidup baru di tempat yg baru...KULIM...dah lebih berapa bulan x on9 sebab unstable condition+tenet x da..:D

Alhamdulillah baru saja lepas konvo+da start kerja....mula2 tamat belajar dulu hampir2 buat keputusan nak belajar lg( tapi bidang lain)...tapi bila pikir masalah2 lain x jadila nak sambung belajar...tetapi azam mengunung telah kutanam kemas dalam dada untuk belajar kembali...InsyaAllah..

Disaat ni dah 2 company aku kija...satu kat penang dan skrang kat kulim....company first tu contract jer...skrang alhamdulillah baru dpat permanent....tapi kija ni teruk skit la... (Maintenance side).

X da apa lg nak kongsi...post kali ni saja nak naik kan kembali semangat untuk menulis blog...hehe..Len kali kan ku cuba sedaya upaya menulis sekadar yg termampu...sekadar ilmu yang dianugerah kan oleh Allah SWT....

InsyaAllah..

My convocation

Friday, June 4, 2010

Islam itu Bersaudara

Hidup2 Hidup Islam!!!!
Hancur2 Hancur Yahud!!!!

Itulah antara slogan2 yg menjadi mainan mulut semua peserta yg meyertai demontrasi membantah keganasan yg telah dilakukan oleh rejim Israel terhadap konvoi kemanusiaan antarabangsa ke gaza baru2 ini. Demotrasi ini dibuat setelah selesai solat jumaat bermula dari masjid kg baru menuju ke kedutaan amerika....

Penulis x melepaskan peluang keemasan ini untuk menyertai seterusnya menzahirkan kebencian terhadap kekejaman yg x berperikemanusian ini. Kepada sesiapa yg x hadir sekurang2nya berdoalah kepada Allah agar Bangsa yang zolim ini hancur dan saudara kita d palestine terbela....InsyaAllah...Ana x berniat menulis panjang, dibawah ada sedikit gmbar yg diambil semasa perarakan berlangsung.... 


                                                       Bergerak dari masjid kg baru

                                                     Rata cerok mai



 

                                             Depan kedutaan Amerika

                                          Ust Najmi pon ada

                                                        Muslimah


                                                       Hidup2 Hidup Islam!!!

Saturday, January 16, 2010

Pemuda Dan Maut


Assalamua'laikum.......


Alhamdulillah....syukur pada Allah sehingga pada saat dan detik ini kita masih berupaya menghirup udara segar di atas muka bumi Allah ini...syukur atas segala nikmat yang kau kurniakan ya Allah kepada kami....terutama nya nikmat Islam dan Iman yg kau kurniakan pada kami....maka tetapkan lah hati2 kami atas nikmat yg plng besar ini yaAllah....ameeen...





Teringin rasanya nak kongsi dgn kawan2 satu kisah yg ana dengar dalam kuliah baru2 ni...tapi cerita ni x leh la nak wat detail2....just what ana remember from that story...


sebenarnya kisah ini berlaku dizaman Nabi Allah sulaiman A.S...Nabi sulaiman seperti mana kita ketahui baginda dianugerahkan Allah kelebihan menjadi raja dn memerintah di muka bumi...pusat pemerinthan baginda adalah di negara palestin....baginda adalah anak kepada Nabi Allah Daud A.S....


Kisahnya terjadi bila ketika mana nabi sulaiman pada suatu hari menghadiri satu majlis bersama rakyatnya...ketika baginda tengah beri ucapan dihadapan khlayak ramai, ada seorg pemuda duduk di tepi baginda...pemuda itu kelihatan sgt gelisah seperti bimbang akan sesuatu yg buruk akan menimpa nya.....


selepas selesai majlis ditanya pada pemuda itu kenapa kamu kelihatan sgt gelisah wahai pemuda...seolah2 sesuatu yg tidak meyenangkan hati  kamu...pemuda itu menjawab...Ada ya rasullallah...ketika dalam majlis tadi dihadapan kita ada seorg pemuda asyik merenung tepat pada aku....jesteru aku berasa tidak sedap hati dan memikirkan benda2 buruk...walhal aku tidak ppernah megenali pemuda itu...apakah salah aku..adakah aku berhutang padanya atau apa?


baginda bertanya manakah pemuda yg kamu maksudkan itu...pemuda itu menunjuk ke arah pemuda itu...apakah kamu kenal akan pemuda itu ya Rasulallah...= aku kenal dia...siapakah dia?.... Baginda jawab=dia adalah malakul maut....


Alangkah terperanjat pemuda itu...lalu dia berasa sgt takut selepas diberitakan bahawa yg merenung nya itu adalah malakul maut....apakah tujuan dia merenung aku di saat ini...apakah ajal aku sudah tiba...pemuda itu kemudian berkata pada nabi sulaiman 'wahai Nabi Allah sulaiman bukankah kamu boleh memerintah angin untuk bertiup dgn izin tuhan mu? baginda mengiyakan pada pemuda itu...


Wahai rasullallah tolonglah aku terbangkan aku ke negara lain jauh dari tempat ini supaya aku jauh dari malakul maut yg kamu maksudkan td...lalu dia diterbangkan ke negara India dengan izinAllah...dgn harapan dpat melarikan dari malakul maut yg merenungnya td....



kemudian baginda dihampiri oleh malaikatmaut..baginda bertanya kepada malaikatmaut...kenapa kamu merenung pemudaitu sehinnga dia menjadi sgt takut...jawab malaikat maut..aku sebenarnya dlm keadaan hairan, Allah telah memerintahkan aku mencabut nyawa sipemuda td ditempat lain yakni di India seketika lg...namun dia masih disini disisi mu....sebb itu aku merenung nya kerana bagaimana dia hendak sampai kesana walhal disini adalah palestin sgt jauh dari India....


Namun kini aku  ketahui Allah telah pun mentakdirkan pemuda mati di sana maka tetaplah disana tempat dimana aku menjalankan tugasku untuk menceraikan jasad dan ruhnya....


Subhanallah....sahabat2 itulah maut yang kita bakal hadapinya...kita disuruh untuk bersedia  untuk menghadapinya bukan takut menhadapinya...saat,detik, ketika, waktu, tempat sudah dicatit ditetapkan Allah tanpa dapat di cepat atau dilambatkan hatta sedetik pon....kita x dpat lari atau menyembunyikan diri dari nya tetaplah ia datang menjemput kita.....



Firman Allah taala:





  Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 


marilah kita sama2 merenung dan bermuhasabah bahawa hakikat hidup kita tidak kekal didunia bahkan kita hanya lah singgah sementara didunia ini...sudah masanya kita kembali kepada Agama Allah yg hakiki dan melaksanakan perinth Allah dari semua aspek sebagai seorng hamba yg sebenar....InsyaAllah..



Firman Allah taala:



Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"
Az-Zukhruf(77)



(Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu".
Az-Zukhruf(78)





Saturday, October 24, 2009

Perpaduan......


Assalammualaikum...
Firman Allah taa'la:



  4. Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberi kitab suci itu juga tidak akan berselisih sampai datang kepada mereka bukti yang jelas yang menunjukkan bahwa Muhammad adalah utusan Allah yang dijanjikan dalam kitab suci mereka.


Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.(Al-bayyinah-Ayat 4)

 
Alquran kitab yang mendahului zaman

Alhamdulillah...pada saat dan ketika ini aku terpanggil untuk meluahkan sedikit ilmu yg dapat baru2 ni yang menyebabkan aku terpikir sejenak....kuliah magrib yang d sampaikan oleh ustaz Riduan rahmat memang best dan berkesan...walaupun ustaz memang seorang yang bernada tegas tapi kadang2 jadi juga dia punya lawak...hehe...


Tafsir surah Al-Bayyinah (Bukti yang nyata)...ada satu part dalam tafsir surah ini sangat bersangkutan dengan masalah yang negara kita malaysia hadapi...yakni perpaduan...inilah isu yang kadang2 aku pun keliru...tapi Alhamdulillah...sekarang da paham...aku cuba sedaya upaya untuk menerang sekadar kekuatan daya pikiran aku...moga2 menjadi sedikit pertambahan ilmu untuk meneruskan kehidupan d akhir zaman ini....Sedarlah bahawa Alquran ini kitab yang sangat Istimewa sehinggakan pernah malaikat mendengar Alah S.W.T membaca surah yassin walaupun ketika itu belum lagi bumi dan kehidupan kita  ini diciptakan...Insya Allah...


berdasarkan ayat di atas jelas pada kita bahawasanya tidak lah berlaku perpecahan dikalangan ahli kitab(nasroni dan yahudi) mahupun orang2 musrikin sendiri apabila datang kepada mereka akan bukti yang jelas dan nyata(yakni rasullalah yang membawa Alquran kepada manusia)...kaum nasroni dan yahudi yang selama ini berharap  bahawa nabi akn d turun kan dari kalangan meraka tetapi hampa apabila nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka...Nabi yang membawa Islam dan al quran sebagai panduan hidup telah menyebab kan perpecahan dikalangan mereka....yang mana ada sebagian kecil mereka beriman dgn nabi dan sebagian besar mereka pula kufur ingkar dengan purutusan nabi dari kalangan bangsa Arab....


Padahal sebelum ini mereka semua bersepakat hati bahawa akan datang nabi akhir zaman dan akan beriman dengan sepenuh hati apabila muncul nabi S.A.W...mereka yang ingkar itu telah menolak quran yang dibawa oleh nabi S.A.W dan tidak menerima Islam yang dibawa....berlaku nya perpecahan ini bila munculnya Islam yang benar yang hanya berpunca dari masalah keturunan nabi (bangsa Arab)....lantas dengan sebab itu mereka menolak kenabian Nabi S.A.W...natijah dari penolakan ajaran quran dan Islam yang d bawa oleh nabi maka berlaku lah perpecahan dikalangan mereka.....


jelas kepada kita bahawa apabila ajaran Islam dan Al-quran ditolak maka sudah pasti akan berlakunya perpecahan perpaduan dikalangan manusia....yakni apabila manusia cuba mengambil penyelesaian lain dari ajaran Islam (quran dan hadith)....

Walhal Islam itu syumul (lengkap)...Alquran itu lengkap menerang tetang setiap aspek kehidupan manusia...Alquran menerang kan tentang cara berpakaian yakni dengan menutup aurat cth melabuh kan tudung bagi perempuan.....cara untuk makan yakni dengan memilih makanan yang halal dan ada makanan yang diharamkan oleh Allah....cara berekonomi yakni sbagai cth diharamkan riba.....cara memerintah negara yakni dari mula2 memilih pemimpin dan melaksanakan hukum-hakam seperti hudud dan qisas.... kesimpulan nya quran itu sudah menyediakan satu peraturan hidup yang lengkap untuk diikuti.....jika kita mengikuti nya maka kita Akan mendapat JAMINAN bahawa kita akan selamat tetapi jika sebaliknya, maka kita bagaikan berharap keselamatan kepada makhluk yang menciptakan hukum-hakam dan bukan dari Allah.sudah yakin kah kita bahawa manusia boleh menjamin keselamatan kita padahal setiap gerak geri kehidupan kita Allah yang tntukan....dia yang mentakdirkan setiap pekara yang berlaku di atas muka bumi ini...

Syariat bertudung bagi muslimah


adapun manusia skarang cuba untuk meminda semua hukum hakam yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Alquran....mereka mengantikan hukum hakam ini dengan ideologi2 yang dicetak dari barat seperti sistem sekular, komunis, dan lain2.....adapun semua sistem barat ini adalah jelas berlawanan dengan ajaran quran samaada sisitem pemerintahan kerajaan, sistem ekonomi dan sebagainya....


So, ada yang menyatakan bahawa apabila cuba untuk menegakan syariat dan hukum-hakam yang terkandung dalam quran adalah kumpulan atau jamaah yang cuba untuk memecah belahkan perpaduan rakyat sesebuah negara....walhal mereka ini adalah golongan yang cuba untuk menegakan kalimah Allah d atas muka bumi ini dan berpegang teguh dengan Alquran...dan mereka adalah golongan yang membawa kebenaran Alquran bagi mendaulatkan hukum hakam Islam dan mengantikan sistem barat yang hanya berasaskan pemikiran manusia yang lemah dan dilaknat oleh Allah S.W.T....

sebagai contoh mudah apabila Allah mensyariatkan menunaikan haji hanya di baitillah hilharam (makkah), maka wajiblah kita menunaikan haji disana saja...  tidak boleh untuk dipinda lg hukum itu....tidak boleh untuk kita menunaikan haji dimalaysia atau diindonesia tetapi hanya di makkah....jika ada manusia megubah tempat dengan berpendapat bahawa boleh menunaikan haji dari makkah ke tempat lain  maka sudah pasti akan ditentang oleh kumpulan atau jamaah yang memahami Alquran dan menyebabkan perpecahan berlaku kerana sama sekali berlawanan dengan firman Allah dan kehendak Alquran... 

Islam dan sekular pasti akan berlawanan...pilihlah Islam anda selamat..

  
Kesimpulanya Apabila manusia cuba untuk mengambil selain dari Islam dan hukum Alquran sebagai sistem kehidupan, yakni sistem rekaan manusia seperti sekularism, komunism, sosialism dll adalah mereka yang mencetus kan perpecahan dikalangan ummat islam....kerana mereka cuba untuk meminda hukum-hakam yang telah ditetapkan Allah dalam Alquran.... sudah pasti akan muncul sekumpulan atau jamaah yang akan berjuang untuk mendaulatkan kalimah Allah dari terus dinodai oleh tangan2 jahat manusia yang ingkar dengan ketentuan dan hukum hakam dari Allah....... 

Firman Allah taa'la:

  60. Tidakkah kamu heran, wahai Nabi, melihat orang-orang yang mengaku beriman kepada kitab yang diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang diturunkan sebelummu? Dalam pertengkaran, mereka mendasarkan hukum-hukum dengan selain hukum Allah yang mengandung kesesatan dan kerusakan. Padahal, mereka diperintah Allah untuk tidak berpegang kepada hukum selain hukum Allah itu. Setan hendak menyesatkan mereka dari jalan yang benar dan lurus sehingga mereka menjadi sangat tersesat.

 Maksudnya:
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (Annisa-60)


Firman Allah taala lagi:





Maksudnya:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (Annisa-61)

Semoga sedikit sebanyak membantu meningkat kan kefahaman kita bersama....yang lemah dari insan yang menulis jua.....yang sempurna datang dari Allah jua...wallahuaqlam....


p/s: pastikan kita berada dalam jamaah yang mahu mendaulatkan syariah dari quran supaya selamat dunia dan yang penting sekali selamat dari azab api neraka Allah kelak....... 



Thursday, September 17, 2009

Gelombang ke-2 bersih...

 
       himpunan bersih rakyat malaysia...

Tanggal 27 romadhon pada tahun ni telah diadakan satu lagi perhimpunan dengan memakai baju berwarna kuning sebagai lambang protes...bertempat di D house shah alam seramai lebih kurang 400 orang berkumpul tuk menzahir kan perasaan tidak puas ati masing2 terhadap........erkkkk sebenarnya ni bukan himpunan bersih cam kat KL dulu...sebenarnya ana baru2 ni masuk satu competition yg dibuat oleh DIGI...

Challenge For change tu la dia punya tema...so suma orng kena pakai baju kuning sebab digi kan kan warna kuning...tapi bila suma pakai baju kuning teringat plak kat himpunan bersih...nama team ana Green The Earth n my project title is temperature control using the fuzzy logic controller...tapi x menang pun...dan dbawah dsenaraikan kenapa x menang....kih2..

  1. Buat last minutes kija..
  2. ada test banyak 
  3. quiz pun ada
  4. malaih gila
  5. x yakin bleh menang
  6. lu pikir la sendiri.....
Tapi x pa my lecturer cakap takes this as your experiance  and exposure to the project competition...tapi yang x best nya kebanyakan budak2 yang masuk budak2 cina....mana budak2 melayu....ni yang x best nak bincang ni....Actually, suma U ada dari sabah n sarawak pun ada....dari 15 yang hantar 6 ja terpilih...ana rasa no-7 tu mesti  kumpulan ana punya,, tewas skit ja tu...haha..

Emm.... kalo x ada pengisian x best gak ni...tiba2 teringat tazkirah yg dsampaikan oleh ustaz najmi karim semalam...dia kata takbir raya sepatut nya dilaungkan dengan nada tegas dan semangat kerana ia bagai melambang kan kemenangan kepada Islam ...Dan hari raya fitrah juga bermaksud kita kembali kepada asal dan berjaya melepasi sebulan berpuasa jesteru itu kita seharusnya melahirkan rasa syukur pada Allah taala...Diceritakan asal kalimah takbir ini lahir dari mulut nabi ketika mana salah satu perang (badar kalau x silap) yang di lalui nabi selepas salah seorang sahabat nabi telah berjaya memengal kepala Abu jahal....ketika itulah nabi menyebut inilah 'firaun pada zaman aku'..lantas nabi menyebut lafas takbir...
Ertinya:
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, 
Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, 
tiada Tuhan melainkan Allah, 
dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, 
kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, 
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 
dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), 
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”

berlainan dengan versi orng melayu yang melagukan takir ini dengan penuh syahdu dan nada yang sedih....moga2 sedikit pengisian memberi manfaat...wallahuaqlam... 
kat bawah ada sikit gambar yang ana sempat ambil semasa program tu...
                    jejaka perasan.......
                   Deep green...
                 agak2 mana satu ana...hehe..
             baju free....
                 pegumuman pemenang .......
              all my freind and lecture...

Friday, September 11, 2009

ketenangan yang dicari...

Tadi baru selesai kuliah dhuha...disampaikan oleh insan yang tidak asing lagi dalam dunia perjuangan Islam ditanah air kita malaysia ni al fadhil ustaz tuan ibrahim tuan man....tersentuh hati tadi bila abis kuliah ana bersalaman dengan dia...tawaduk, berakhlak mulia, dan lemah lembut org nya...ketika tangan dhulur lalu disambutnya dengan senyuman...di sambut tangan kita lalu mata bertentang mata lantas turun kehati terasa tenang menyerap turun....ku mengharap pada Allah jadikan lah hatiku ini lembut dan tenang senantiasa dengan bertentang mata dengan orang2 soleh sepertinya....
 
tuan guru tuan ibrahim kiri skali......

kuliah dhuha ni sepatutnya start kul 9 tapi ana pergi kul 10...setengah jam ja dapat timba ilmu...tapi tak apa la sekurang2 nya ana pergi la juga...da la pergi lewat buku note lupa plak nak bawa, so x catit la pagi ni...tapi sebelum terlupa baek ana abadikan kat dalam blog ni moga2 memberi manfaat...

Ada satu tips yang diberikan oleh tuan guru berkenaan dengan melembutkan hati kanak2 yang degil....cara nya adalah...
1) solat sunat 2 rakaat dulu
2)selawat pada nabi
3)suratul fatihah
4)ayatul qudsi
5)3 kul 
6)saratul toha (1-6)
7)doa, dalam doa sebut nama anak itu dan tutup dengan selawat
 Afdhol nya bagi kanak2 perempuan bapa yang buat, dan kanak2 lelaki emak yang buat...

ayat ini (suratul toha) diambil semperna peristiwa ketika ummar al-khattob ketika mula2 mendengar ayat quran lantas hati nya lembut untuk menerima Islam...Inilah ayat digunakan untuk melembutkan hati yang keras dan malas....dan pada pendapat ana boleh ja nak baca kat orang dewasa yang hati dia keras seperti panas baran dan sebagainya.....terutama pada pasangan suami isteri.....

semoga serba sedikit ilmu menjadi amalan kita....yang kurang ana minta maaf sebab tadi x bawa nota....moga2 kekurangan di nasihat kan oleh rakan2 yang lebih ariff....Insyaallah...
wallahuaqlam....

p/s=syok dengaq kuliah...moga2 kawan2 pun sama....

Wednesday, September 9, 2009

Shahrul Jihad...


Alhamdulillah.....
 
panji perjuangan Islam...


Genap sudah 19 hari kita berpuasa..hanya tinggal lebih kurang dua minggu ja lagi tuk kita berpuasa dan berada dalam bulan yang penuh barokah ini..kebetulan tadi ketika ana pergi ziarah kerumah kawan tuk bincang pasal final year project...tiba2 salah sorang kawan ana (budak maahad muhammadi lelaki, ayah min) nak berbincang tentang soal jihad...berbetulan lah kita sekarang berada di bulan romadhon yang juga di kenali dengan shahrul jihad (bulan jihad)...


Dalam bulan ramadhon ini sedar tak sedar Islam diuji dengan pelbagai perang dan yang paling famous adalah perang Badar alkubro(17 romadhon 2 hijriah) perang yang pembezaan diantara yang kebenaran dan kebatilan...perang permulaan dalam sejarah Islam yang mana ahli perang ini hanyalah terdiri 313 org semuanya...pihak musuh kaum musyrikin makkah sumanya berjumlah 1000 org...perang yang genting ini adalah penting untuk menentukan hala tuju Islam sebab itu Nabi merharap kepada Allah supaya diberikan kemenangan...Diibarat kan sahabat2 pada ketika itu malam mereka bagaikan a'bit(kuat beribadah) dan siang mereka berperang seperti singa yang garang bagi mempertahan ugama suci ini.. "walaupun jumlah nya tidak adil namun pertolongan Allah hadir jua kepada hambanya yang berperang dengan bekalan takwa walaupun ketika itu hanya berbekal kan senjata pelepah tamar dan sereban ...diceritakan dalam peperangan itu turun beribu2 malaikat di langit mmbantu Islam bagi meranapkan tentera musuh...
Firman Allah SWT....

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).(a'li imron-123)..
  139. Selain itu, janganlah kalian merasa lemah lalu tidak berjuang dan berperang karena hal-hal yang menimpa diri kamu sekalian! Jangan pula meratapi saudara-saudara kalian yang gugur! Kalian, berkat dukungan Allah, keimanan, dan kekuatan kebenaran yang kalian bela, adalah lebih tinggi dari itu semua. Dan kemenangan akan selalu berada di pihak kalian bila keimanan kalian betul-betul kuat dan sepenuh hati.  
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.(a'li imron-139)..
 
jihad.....


Sukalah di sini penulis membawa satu kisah yang dekat dengan kita dimalaysia sebagai satu pengajaran yang berharga dan dapat dikenang sepanjang hayat kita...dimana Islam bertapak maka tidak dapat tidak seruan jihad untuk menegakkan kalimah Allah pasti menjadi fardhu ain...di zaman kesultanan melayu kedah dahulu terdapat satu permata Islam telah muncul bagi menyelamatkan akidah ummat Islam Kedah daripada rosak di tangan penjajah siam...Beliau adalah Syeikh Abdul Samad Palembang...


Beliau asalnya menetap di makkah al mukarramah dan menjadi guru di sana...beliau berasal dari palembang Indonesia...Ketika mana kerajaan Kedah telah diserang dan ditawan oleh kerajaan siam sultan kedah telah berbincang dengan mufti pada waktu itu untuk menyelamatkan rakyat kedah dari dijajah...Lalu memberi pendapat supaya mengutuskan surat kepada syeikh Abdul samad palembang di tanah haram...sesudah menerima surat daripada sultan kedah Assyahid Abdul Samad palembang lansung tidak menolak...di umur yang sudah lanjut sekitar 70-an langsung tidak mengugat seruan jihad bagi memerdekakan ummat Islam dari dijajah oleh kerajaan kafir yang mungkin menatijahkan murtad beramai-ramai apabila dipaksa dengan seksaan...
 
Permata Islam.....


Beliau yang tiba di tanah melayu kedah mula meniupkan  ruh semangat jihad ummat Islam melayu bangkit melawan kuffar siam di sekitar kawasan tikam batu, kedah...barokah demi barokah turun membantu di setiap medan peperangan yang dilalui oleh jundullah yang diketuai oleh Assyahid Abdul Samad palembang...sehinggalah siam akhirnya dapat diusir dari utara kedah di bukit kayu hitam...tentara kaum muslimin juga berjaya mengundurkan tentera musuh sehingga ke dalam daerah jajahan siam sehingga ke songkla...


Namun begitu Allah telah mentakdirkan Syeikh Abdul Samad Palembang gugur syahid dengan leher nya telah dipenggal tanpa balas kasihan....di sinilah kita dapat melihat keagungan kekuasaan Allah taala, kepala Assyahid Abdul Samad palembang telah di simpan dimuzium maharaja siam sebagai mengigati manusia yang pernah menewas dan mengusir tentera siam yang sememang nya terkuat di rantau ini...Apa yang menjadi perhatian semua orang ialah kepala beliau yang sudah lama dipenggal tidak henti2 mengalirkan darah dan peluh di janggut sehingga sekarang...dan pekara itu telah disaksikan sendiri oleh perdana menteri kita yang ke-empat sewaktu lawatan rasmi beliau ke thailand seketika dahulu....benarlah firman Allah taala...


  169. Janganlah kamu mengira bahwa mereka yang terbunuh di jalan Allah itu benar- benar mati. Tidak! Mereka hidup dalam suatu kehidupan yang sifat dan bentuknya hanya diketahui oleh Allah sendiri. Di sisi Tuhan, mereka diberi suatu rezeki yang sifat dan bentuknya juga hanya diketahui sendiri oleh Allah.
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;(a'li imron)..
 
hidup mulia atau mati syahid


Nah kawan2 ku, apa lagi yang harus kita dustakan dari ayat2 Allah yang maha benar....apakah kita masih lagi meragui tentang setiap yang difirman kan Allah pada ummat manusia..Maha suci Engkau Ya Allah....Kita sebagai ummat Islam seharusnya menjadikan Al quran sebagai panduan Hidup kita dalam setiap aspek kehidupan kita dari sekecil2 pekara (cth nak masuk tandas langkah kaki kiri dahulu)   sehingga sebesar2 pekara yakni memerintah sebuah negara dengan undang2 dan hukum hakam yang telah siap lengkap dan tidak ada cacat celanya yang diturun kan kepada manusia untuk dilaksanakan...sedangkan hukum hakam yang diciptakan manusia samaada sekularism, nationalism, melayunism, kapatilism, dan bermacam2 lism lagi adalah lemah dan mengundang murka dan laknat dari Allah taala...


wahai kawan2 ku jom kita jadikan bulan romadhon kita pada kali ini sebagai satu perubahan untuk kita menyakini segala firman Allah dan berjuang untuk menegakkan Islam yang tercinta di bumi tercinta kita MaLAysia......jadikan lah kisah diatas sebagai pengajaran yang berguna dan menginsafi akan tahap amalan kita pada Allah taala...sedangkan mereka yang benar2 beriman pada Allah ta'ala  adalah mereka apabila diseru berjihad lantas mereka tanpa banyak soal keluar berjihad demi memelihara Ugama tauhid ini tanpa sedikit pun mengharap habuan duniawi....

marilah kita berfikir sejenak bagaimana kita sedia maklum bahawa alquran ini di turun kan pada bulan romadhon dan ditakdirkan Allah juga bulan ini penuh dengan peperangan yang menunutut setiap commitment sahabat2 mengorban kan harta dan nyawa mereka sendiri dalam keadaan letih nya mereka berpuasa...inilah yang dikata kan dengan semboliknya kepada kaum muslimin, jika mana kamu ingin menegakkan quran itu pada mana2 zaman pun maka sudah pasti kamu akan berhadapan tuntutan jihad dengan harta dan jiwa kamu...kerana menjadi lumrah manusia yang dengki akan memandang serong terhadap perjuangan Islam lantaran kejahilan dan penyakit hati yang melanda ummat islam yakni hubbuddunya wa karo hiyatul maut (cintakan kan dunia dan bencikan kepada kematian)...


Yang lemah adalah datang dari insan yang menulis jua dan yang sempurna adalah dari Allah TA'ala...penulis berpesan pada diri sendiri dan rakan2 lain bersama2 mengambil pengajaran dari kisah diatas....InsyaAllah....



p/s= Allah x rugi apa2 jika x sokong agama dia...tapi kita yang rugi kalo x mendokong syariatNya..dia boleh ganti dngan kaum yang lebih baek....