Friday, February 11, 2011

Hakikat UMUR

Assalamua'laikum

Pada suatu hari Ketika berjalan kaki nabi Musa as ternampak seorng perempuan tua sedang menangisi akan sesuatu. Lalu baginda menghampiri wanita tersebut lantas bertanya akan masalah yg sedang dihadapi....berlaku lah dialog diantara kedua2 nya....Lastas makcik dengan nada yg terketar2 memkhabarkan pada baginda bahawa dia baru sahaja kematian anak kesayangannya...Selepas mendengar penjelasan dari makcik td baginda bertanya akan umur anak nya...Anak nya meninggal dunia genap 100 tahun..

Mendengar perkabaran itu banginda tersenyum....Baginda bertanya sekali lagi pada makcik berapa kah umurnya sekarang?...Perempuan td menjadi hairan dengan perbuatan nabi musa lalu menkhabarkan bahawa umurnya sudah menjangkau 400 tahun...Baginda tersenyum..............

Wahai makcik tahukah kamu bahawa kamu masih sangat beruntung kerana anak kamu dikurniakan umur yg masih panjang jika nak dibandingkan dengan umur umat nabi muhammad di akhir zaman nanti....purata umur mereka hanya di sekitar 60 ke 70 sahaja... terdiam makcik td mendengar kata2 yg terbit dari mulut nabi musa AS...

Mak cik itu bersuara....kalau begitu Jika ditakdirkan aku berada diakhir zaman nescaya aku tidak akan berhajat untuk membina pondok usang tempat tinggal aku skrang ini...mesti aku x akan sempat berbuat apa2 dengan masa yg sesingkat itu....kebetulan makcik ini mempunyai sebuah pondok usang yg menjadi kediaman bersama anaknya...



Namun begitu nabi musa AS menafikan pandangan makcik td....Bahkan ummat Muhammad di akhir zaman mereka membina rumah kediaman yg mewah2 mereka hidup dengan keadaan yg senang lenang...Makcik itu menjadi terpegun dengan kenyataan yg dinyatakan oleh nabi musa AS....Dengan masa yg sesingkat itu masih sempat untuk bermegah2 dengan rumah besar dan bersenang2 dengan kehidupan....


Nah sahabat2 ku, Sungguh masa yg dianugerahkan oleh Allah kepada ummat akhir zaman sungguh singkat berbanding ummat terdahalu...maka aku memperingati diri sendiri dan sahabat2 agar sentiasa beringat akan hari yg bakal menjemput kita...sesungguhnya dunia ini adalah sesuatu yg hina disisi Allah SWT dan engatlah ketika mana Allah menciptakan dunia ini, DIA tdk memandang padanya kerana tiada nilai disisi nya...Kalau lah ia bernilai dengan sebelah sayap nyamuk sekali pun maka nescaya Allah tidak akan memberi minum seteguk air pun pada org2 kafir(engkar) kepadaNya....
Firman Allah SWT dalam surah sajdah ayat 12:



Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
WALLAHUA’LAM

No comments:

Post a Comment