Saturday, January 16, 2010

Pemuda Dan Maut


Assalamua'laikum.......


Alhamdulillah....syukur pada Allah sehingga pada saat dan detik ini kita masih berupaya menghirup udara segar di atas muka bumi Allah ini...syukur atas segala nikmat yang kau kurniakan ya Allah kepada kami....terutama nya nikmat Islam dan Iman yg kau kurniakan pada kami....maka tetapkan lah hati2 kami atas nikmat yg plng besar ini yaAllah....ameeen...





Teringin rasanya nak kongsi dgn kawan2 satu kisah yg ana dengar dalam kuliah baru2 ni...tapi cerita ni x leh la nak wat detail2....just what ana remember from that story...


sebenarnya kisah ini berlaku dizaman Nabi Allah sulaiman A.S...Nabi sulaiman seperti mana kita ketahui baginda dianugerahkan Allah kelebihan menjadi raja dn memerintah di muka bumi...pusat pemerinthan baginda adalah di negara palestin....baginda adalah anak kepada Nabi Allah Daud A.S....


Kisahnya terjadi bila ketika mana nabi sulaiman pada suatu hari menghadiri satu majlis bersama rakyatnya...ketika baginda tengah beri ucapan dihadapan khlayak ramai, ada seorg pemuda duduk di tepi baginda...pemuda itu kelihatan sgt gelisah seperti bimbang akan sesuatu yg buruk akan menimpa nya.....


selepas selesai majlis ditanya pada pemuda itu kenapa kamu kelihatan sgt gelisah wahai pemuda...seolah2 sesuatu yg tidak meyenangkan hati  kamu...pemuda itu menjawab...Ada ya rasullallah...ketika dalam majlis tadi dihadapan kita ada seorg pemuda asyik merenung tepat pada aku....jesteru aku berasa tidak sedap hati dan memikirkan benda2 buruk...walhal aku tidak ppernah megenali pemuda itu...apakah salah aku..adakah aku berhutang padanya atau apa?


baginda bertanya manakah pemuda yg kamu maksudkan itu...pemuda itu menunjuk ke arah pemuda itu...apakah kamu kenal akan pemuda itu ya Rasulallah...= aku kenal dia...siapakah dia?.... Baginda jawab=dia adalah malakul maut....


Alangkah terperanjat pemuda itu...lalu dia berasa sgt takut selepas diberitakan bahawa yg merenung nya itu adalah malakul maut....apakah tujuan dia merenung aku di saat ini...apakah ajal aku sudah tiba...pemuda itu kemudian berkata pada nabi sulaiman 'wahai Nabi Allah sulaiman bukankah kamu boleh memerintah angin untuk bertiup dgn izin tuhan mu? baginda mengiyakan pada pemuda itu...


Wahai rasullallah tolonglah aku terbangkan aku ke negara lain jauh dari tempat ini supaya aku jauh dari malakul maut yg kamu maksudkan td...lalu dia diterbangkan ke negara India dengan izinAllah...dgn harapan dpat melarikan dari malakul maut yg merenungnya td....



kemudian baginda dihampiri oleh malaikatmaut..baginda bertanya kepada malaikatmaut...kenapa kamu merenung pemudaitu sehinnga dia menjadi sgt takut...jawab malaikat maut..aku sebenarnya dlm keadaan hairan, Allah telah memerintahkan aku mencabut nyawa sipemuda td ditempat lain yakni di India seketika lg...namun dia masih disini disisi mu....sebb itu aku merenung nya kerana bagaimana dia hendak sampai kesana walhal disini adalah palestin sgt jauh dari India....


Namun kini aku  ketahui Allah telah pun mentakdirkan pemuda mati di sana maka tetaplah disana tempat dimana aku menjalankan tugasku untuk menceraikan jasad dan ruhnya....


Subhanallah....sahabat2 itulah maut yang kita bakal hadapinya...kita disuruh untuk bersedia  untuk menghadapinya bukan takut menhadapinya...saat,detik, ketika, waktu, tempat sudah dicatit ditetapkan Allah tanpa dapat di cepat atau dilambatkan hatta sedetik pon....kita x dpat lari atau menyembunyikan diri dari nya tetaplah ia datang menjemput kita.....



Firman Allah taala:





  Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 


marilah kita sama2 merenung dan bermuhasabah bahawa hakikat hidup kita tidak kekal didunia bahkan kita hanya lah singgah sementara didunia ini...sudah masanya kita kembali kepada Agama Allah yg hakiki dan melaksanakan perinth Allah dari semua aspek sebagai seorng hamba yg sebenar....InsyaAllah..



Firman Allah taala:



Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"
Az-Zukhruf(77)



(Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu".
Az-Zukhruf(78)