Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, November 14, 2011

Dunia Mereka!!

Assalamualaikum....




Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Ali ‘Imran, 169)


Baru2 ni ana ada belajar tafsir ayat dalam salah satu ayat dalam surah ali Imran (keluarga Imram). Tiba2 rasa nak activ kan balik blog ni dah lama menyepi rasanya..Insyaallah.

Jihad, Inilah kalimah yang cuba dilenyapkan oleh barat dan kufar yang menentang Islam, Kerana aura jihad mempunyai kekuatan yang luar biasa dan boleh menyabab seseorang itu bertindak di luar kebiasaan manusia biasa. Lantaran janji tuhan kepada pemburu syahid sangatlah besar sehingga tuhan Allah memberi satu offer yang diluar jangkaan dan terlalu istimewa. Apakah keistimewaan itu?




Tahukah sahabat2 ku betapa berat nya azab ketika hendak sakaratul maut. Ada riwayat menyebutkan bahawa azabnya ketika seseorang itu menghadapi sakaratul maut adalah seperti langit ditarik kebumi manakala bumi pula ditarik keatas lalu berhimpit keduanya dan kita berada diantara keduanya menangung azab dicabutnya ruh dari jasad.
Kemudian seseorang itu bakal berhadapan dengan azab dikubur sementara menanti berlaku nya kiamat. Disoal oleh malaikat yang datang padanya, jika x dapat menjawab akal dipukul kedalam bumi lalu dicungkil keluar dan berulang2 kali. Selepas itu, seseorng itu terpaksa menghadapi dasyatnya suasana padang mahsyar yang matahari hanya sejengkal diatas kepala dan penuh dengan huru hara. Setiap manusia akan dihisap, melalui titian sirat dan bermacam2 lagi liku2 hari pembalasan yang belum tentu mencukupi amalan kita didunia...moga2 Allah mengampunkan kita...Amiiin

Nah itulah dasyatnya alam2 yg bakal kita lalui kelak. Namun begitu sedarkah kita ada satu anugerah Allah kepada makhluknya yang beriman bahawa dia akan melepaskan semua siksaan itu dan terus diarak ruh nya ke syurga? Sudah pasti Ada itulah mati sebagai seorang syuhada bertempur di medan perang bagi memuliakan ugama Allah diatas muka bumi ini.

Ketika mana ruhnya hendak dicabut Allah hilangkan segala kesakitan dan diangkat hijab supaya dia dapat melihat syurga yang siap sedia menantinya. Berbeda dengan kematian biasa kita terpaksa berhempas pulas tapi orng yang syahid mudah ruhnya keluar walaupun jasadnya ada yg sangat ngeri akibat cedera dalam peperangan. Pernah nabi Ibrahim meminta kepada malaikat maut untuk melihat wajahnya yg sebenar ketika datang untuk melaksanakan tugas mencabut nyawa org yang munafik, fasik dan kafir. Lantaran muka malakul maut yg cukup garang ketika berjumpa dengan nya...lalu malakul maut berkata bahawa kamu pasti tidak mampu melihatnya..Namun nabi Ibrahim mendesak sehingga setuju...lalu diarahkan nabi Ibrahim berpusing kebelakang dan menoleh kembali untuk melihat wajah ketika mendatangi 3 golongan itu...Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim melihat malakul maut lalu jtuh pengsan kerana teramat terkejut dengan rupa begis malakul maut itu...Allahuakbar

Manakala dia pula terlepas segala kepayahan dialam sana tidak ada azab kubur, hari penghisaban, melalui titian sirat DLL kerana terus diarak ke syurga sebagai anugerah Allah kepada hambanya yg berjuang memuliakan ugama Allah. This is the short cut, the ways given by Allah to escape all the azabs that we can’t be imagine.
Adakah tawaran yg hebat lebih daripada ini lg? hanyasanya orng yg berakal waras shj dapat membuat penilaian yang bijak kerana tawaran sebegini adalah untuk orng2 yg benar mengharap redho tuhannya.

Ada satu kisah pada zaman rasullallah, kisah yg diriwayatkan seorng ibu yg mempunyai 4 orang anak lelaki, apabila diseru keluar berjihad dia dengan yakin mengahantar seorang anak nya ke medan jihad bagi menyertaii rasullallah dalam peperangan. Setelah habis peperangan dikhabarkan kepadanya bahawa anak sulung nya telah syahid. Bila ada lg peperangan dia menghantar lg anak nya pergi sehingga lah anaknya yg ke-4 dan semua mendapat syahid. Lalu bila dia mendapat pengkhabaran bahawa anak bongsu nya turut syahid dia terus menangis. Apabila ditanya kenapa menangis Adakah sebab anak bongsu kau dan kau menyayangi nya? dia menjawab apabila rasullallah menyeru lg kepada jihad aku sudah tidak ada apa2 untuk diberi lg kerana suma anak ku telah gugur di medan peperangan. Itulah Jiwa Ummi yang sejati yang melihat wawasan akhirat sebagai yg utama melibihi sayang nya pada dunia.





Sama hal nya,kisah Ibu2 di kawasan bergolak kashmir pakistan dan India..setiap bayi yang dibuaikan didendangkan lagu2 jihad ketika hendak menidurkan bayi2 mereka. Dari kecik mereka diasuh supaya menjadi pejuang dan merebut gelaran syuhada seperti ayah2 mereka yang menjadi benteng hadapan bagi memuliakan ugama Allah diatas muka bumi ini...Allahuakbar!!!!



It’s the right time to correct our mine, mana2 bumi Islam yang bergolak bukan satu kesusahan dan mana2 bumi Islam yang aman bukan bererti kehebatan.Bahkan mana2 bumi islam yang berada dalam konflik peperangan adalah anugerah Allah yang terlalu besar buat mereka kerana meraka adalah pilihan tuhan mendapat syahid didalam kematian mereka. Jiwa mereka kental, matlamat mereka satu, dan hari2 yang mereka lalui adalah memikirkan tentang perjuangan. Mereka tidak pernah lari dami bumi mereka bahkan tidak pernah merungut akan jiwa2 muslim lain yg tidak menghiraukan mereka.Tetapi kita dibumi yang aman ini hanya memikirkan isi perut dan angan dunia yg tidak sudah..Lindungi kami YaAllah dari bala Mu...Amin

Bukan lah senang seperti yg disangka untuk berjihad perang era sekarang seperti yang berlaku di palestin, iraq, Afghan, chechen, dan LL kerana mereka terpaksa mengahadapi berbagai2 kepayahan dan ujian yg tak pernah surut saban hari...Buat masa ini mari lah kita kirim sejata doa kita kepada sahabat2 kita di bumi jihad di seluruh dunia..moga2 kita mendapat tempias semangat jihad mereka seterusnya berjihad bersama2 mereka membela UGAMA Allah yang mulia ini.

Keistimewaan org yang syahid ini diiktiraf oleh Allah sehingga bertanya kan kepada sekalian syuhada itu apakah yang mereka mahukan dari Allah..Tetapi jawapan mereka adalah mereka ingin hidup kembali didunia lalu berperang lalu mati syahid sekali lg kerana terlalu hebatnya Mati syahid dengan nikmat nya yang terlalu besar. Namun Allah hanya mentakdirkan setiap jiwa hanya dgn sekali kehidupan dan Allah mengantikannya dengan mengazetkan kisah mereka didalam Alquran sebagai pembakar semngat kaum mukmin. Subhannallah tidak ada jiwa yang merindui tuhannya melaikan pasti akan bercita2 untuk mati syahid dan berjuang menegakan ugama Allah ini kerana ia adalah janji tuhannya yang pasti.

Dibawah salah satu video kehidupan sahabat kita di chechen yang berhujan kan bom dan peluru...semoga mereka dianugerahkan syahid atau kemenangan melawan russia laknatullah.Takbir!!!!



Wallahu'aqlam

Friday, February 11, 2011

Hakikat UMUR

Assalamua'laikum

Pada suatu hari Ketika berjalan kaki nabi Musa as ternampak seorng perempuan tua sedang menangisi akan sesuatu. Lalu baginda menghampiri wanita tersebut lantas bertanya akan masalah yg sedang dihadapi....berlaku lah dialog diantara kedua2 nya....Lastas makcik dengan nada yg terketar2 memkhabarkan pada baginda bahawa dia baru sahaja kematian anak kesayangannya...Selepas mendengar penjelasan dari makcik td baginda bertanya akan umur anak nya...Anak nya meninggal dunia genap 100 tahun..

Mendengar perkabaran itu banginda tersenyum....Baginda bertanya sekali lagi pada makcik berapa kah umurnya sekarang?...Perempuan td menjadi hairan dengan perbuatan nabi musa lalu menkhabarkan bahawa umurnya sudah menjangkau 400 tahun...Baginda tersenyum..............

Wahai makcik tahukah kamu bahawa kamu masih sangat beruntung kerana anak kamu dikurniakan umur yg masih panjang jika nak dibandingkan dengan umur umat nabi muhammad di akhir zaman nanti....purata umur mereka hanya di sekitar 60 ke 70 sahaja... terdiam makcik td mendengar kata2 yg terbit dari mulut nabi musa AS...

Mak cik itu bersuara....kalau begitu Jika ditakdirkan aku berada diakhir zaman nescaya aku tidak akan berhajat untuk membina pondok usang tempat tinggal aku skrang ini...mesti aku x akan sempat berbuat apa2 dengan masa yg sesingkat itu....kebetulan makcik ini mempunyai sebuah pondok usang yg menjadi kediaman bersama anaknya...



Namun begitu nabi musa AS menafikan pandangan makcik td....Bahkan ummat Muhammad di akhir zaman mereka membina rumah kediaman yg mewah2 mereka hidup dengan keadaan yg senang lenang...Makcik itu menjadi terpegun dengan kenyataan yg dinyatakan oleh nabi musa AS....Dengan masa yg sesingkat itu masih sempat untuk bermegah2 dengan rumah besar dan bersenang2 dengan kehidupan....


Nah sahabat2 ku, Sungguh masa yg dianugerahkan oleh Allah kepada ummat akhir zaman sungguh singkat berbanding ummat terdahalu...maka aku memperingati diri sendiri dan sahabat2 agar sentiasa beringat akan hari yg bakal menjemput kita...sesungguhnya dunia ini adalah sesuatu yg hina disisi Allah SWT dan engatlah ketika mana Allah menciptakan dunia ini, DIA tdk memandang padanya kerana tiada nilai disisi nya...Kalau lah ia bernilai dengan sebelah sayap nyamuk sekali pun maka nescaya Allah tidak akan memberi minum seteguk air pun pada org2 kafir(engkar) kepadaNya....
Firman Allah SWT dalam surah sajdah ayat 12:



Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
WALLAHUA’LAM

Tuesday, January 4, 2011

Makanan

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah....dapat sekali lg meluangkan masa di blog yg serba kekurangan ini....kebelakangan ini banyak betul ujian2 yg terpaksa ditempuh....kerana yg pasti manusia itu tidak sunyi dari ujian....moga2 Allah memudahkan hamba2 nya menghadapi ujian2 yang mendatang...ameeen..

Terdengar satu kisah yang dengar dalam satu kelas pengajian....rasa nak kongsi plak....tapi takut juga nak kongsi sbb ini bukan tahap amalan aku, tapi bolehlah untuk sama2 kita megambil iktibar..... kisah ini berlaku pada salah seorang sahabat nabi yakni Abu hurairah.....

Kisah ini bermula kerna abu hurairah sudah beberapa hari tidak makan kerana tiada makanan...lalu beliau mencari jalan agar dapat menghilang kan sedikit lapar nya....lalu dia menunggu di pertengahan jalan....dan berbuat menanyakan soalan yg rumit2...dengan harapan apabila perbincangan menjadi semakin panjang dia akan diajak kerumah untuk berbicara panjang dan dapatlah dia mendapat sedikit makanan untuk menghilangkan laparnya.....

Tiba2 lalulah abu bakar....terus shj beliau megemukakan soalan pada abu bakar...namun mengecewakannya kerana abu bakar dapat menjawabnya tanpa abu bakar dapat merasakan apa sebenarnya tujuan sahabat nya bertanyakan soalan......
Beliau terus menunggu...tiba2 datang pula umar....terus juga beliau bertanya...namun sama juga seperti abu bakar, umar dapat menjawab dan tidak dapat mengagak tujuan sebenar sahabatnya bertanya soalan rumit2....

Beliau terus hampa....Dari jauh rasullallah melihat telatah sahabatnya itu....Dan dapat mengagak apa yg sedang dilakukan oleh shabatnya itu....lalu rasullallah menjemput shabatnya itu kerumah baginda.... rasullallah bertanya pada Aisyah...ada apa2 itu dijamu pada sahabat nya itu....Aisyah menjawab tidak ada apa2 dirumah rasullallah kecuali hanya semangkuk susu yg diberi seseorang pada rasullallah...begitulah keadaan rumah rasullallah sngat bersederhana........... rasullallah lantas menyuruh abu hurairah pergi mendapat sahabat2 yg lain yg sedang beribadat (suffah) di masjid nabi supaya datang kerumahnya juga....Abu hurairah menjadi hairan macam mana nak diagihkan susu yg semangkuk itu...walhal sahabat yg lain sgt ramai....




Namun begitu beliau terus melaksanakan seperti apa yg diminta oleh rasullallah....lalu rasullallah memberi dari setiap sahabatnya minum sehingga masing2 kenyang....lalu tinggal yg belum minum adalah rasullallah dan abu hurairah.... lalu rasullallah menyuruh abu hurairah minum susu itu...beliau pun minum susu itu....dan rasullallah bertanya “sudah kenyangkah?” beliau menjawab “ tidak”...lantas rasullallah menyuruh beliau minum sehingga kenyang selepas itu barulah rasullallah minum....disini jelaslah susu itu bertambah kerana ia nya adalah mukjizat yg dianugerahkan oleh Allah kepada kekasihnya.....

Kisah ini diselitkan ketika membincangkan martabat makanan yg diambil oleh orng2 yg berjalan menuju Allah.....Sekian......