Saturday, October 24, 2009

Perpaduan......


Assalammualaikum...
Firman Allah taa'la:



  4. Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberi kitab suci itu juga tidak akan berselisih sampai datang kepada mereka bukti yang jelas yang menunjukkan bahwa Muhammad adalah utusan Allah yang dijanjikan dalam kitab suci mereka.


Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.(Al-bayyinah-Ayat 4)

 
Alquran kitab yang mendahului zaman

Alhamdulillah...pada saat dan ketika ini aku terpanggil untuk meluahkan sedikit ilmu yg dapat baru2 ni yang menyebabkan aku terpikir sejenak....kuliah magrib yang d sampaikan oleh ustaz Riduan rahmat memang best dan berkesan...walaupun ustaz memang seorang yang bernada tegas tapi kadang2 jadi juga dia punya lawak...hehe...


Tafsir surah Al-Bayyinah (Bukti yang nyata)...ada satu part dalam tafsir surah ini sangat bersangkutan dengan masalah yang negara kita malaysia hadapi...yakni perpaduan...inilah isu yang kadang2 aku pun keliru...tapi Alhamdulillah...sekarang da paham...aku cuba sedaya upaya untuk menerang sekadar kekuatan daya pikiran aku...moga2 menjadi sedikit pertambahan ilmu untuk meneruskan kehidupan d akhir zaman ini....Sedarlah bahawa Alquran ini kitab yang sangat Istimewa sehinggakan pernah malaikat mendengar Alah S.W.T membaca surah yassin walaupun ketika itu belum lagi bumi dan kehidupan kita  ini diciptakan...Insya Allah...


berdasarkan ayat di atas jelas pada kita bahawasanya tidak lah berlaku perpecahan dikalangan ahli kitab(nasroni dan yahudi) mahupun orang2 musrikin sendiri apabila datang kepada mereka akan bukti yang jelas dan nyata(yakni rasullalah yang membawa Alquran kepada manusia)...kaum nasroni dan yahudi yang selama ini berharap  bahawa nabi akn d turun kan dari kalangan meraka tetapi hampa apabila nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka...Nabi yang membawa Islam dan al quran sebagai panduan hidup telah menyebab kan perpecahan dikalangan mereka....yang mana ada sebagian kecil mereka beriman dgn nabi dan sebagian besar mereka pula kufur ingkar dengan purutusan nabi dari kalangan bangsa Arab....


Padahal sebelum ini mereka semua bersepakat hati bahawa akan datang nabi akhir zaman dan akan beriman dengan sepenuh hati apabila muncul nabi S.A.W...mereka yang ingkar itu telah menolak quran yang dibawa oleh nabi S.A.W dan tidak menerima Islam yang dibawa....berlaku nya perpecahan ini bila munculnya Islam yang benar yang hanya berpunca dari masalah keturunan nabi (bangsa Arab)....lantas dengan sebab itu mereka menolak kenabian Nabi S.A.W...natijah dari penolakan ajaran quran dan Islam yang d bawa oleh nabi maka berlaku lah perpecahan dikalangan mereka.....


jelas kepada kita bahawa apabila ajaran Islam dan Al-quran ditolak maka sudah pasti akan berlakunya perpecahan perpaduan dikalangan manusia....yakni apabila manusia cuba mengambil penyelesaian lain dari ajaran Islam (quran dan hadith)....

Walhal Islam itu syumul (lengkap)...Alquran itu lengkap menerang tetang setiap aspek kehidupan manusia...Alquran menerang kan tentang cara berpakaian yakni dengan menutup aurat cth melabuh kan tudung bagi perempuan.....cara untuk makan yakni dengan memilih makanan yang halal dan ada makanan yang diharamkan oleh Allah....cara berekonomi yakni sbagai cth diharamkan riba.....cara memerintah negara yakni dari mula2 memilih pemimpin dan melaksanakan hukum-hakam seperti hudud dan qisas.... kesimpulan nya quran itu sudah menyediakan satu peraturan hidup yang lengkap untuk diikuti.....jika kita mengikuti nya maka kita Akan mendapat JAMINAN bahawa kita akan selamat tetapi jika sebaliknya, maka kita bagaikan berharap keselamatan kepada makhluk yang menciptakan hukum-hakam dan bukan dari Allah.sudah yakin kah kita bahawa manusia boleh menjamin keselamatan kita padahal setiap gerak geri kehidupan kita Allah yang tntukan....dia yang mentakdirkan setiap pekara yang berlaku di atas muka bumi ini...

Syariat bertudung bagi muslimah


adapun manusia skarang cuba untuk meminda semua hukum hakam yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Alquran....mereka mengantikan hukum hakam ini dengan ideologi2 yang dicetak dari barat seperti sistem sekular, komunis, dan lain2.....adapun semua sistem barat ini adalah jelas berlawanan dengan ajaran quran samaada sisitem pemerintahan kerajaan, sistem ekonomi dan sebagainya....


So, ada yang menyatakan bahawa apabila cuba untuk menegakan syariat dan hukum-hakam yang terkandung dalam quran adalah kumpulan atau jamaah yang cuba untuk memecah belahkan perpaduan rakyat sesebuah negara....walhal mereka ini adalah golongan yang cuba untuk menegakan kalimah Allah d atas muka bumi ini dan berpegang teguh dengan Alquran...dan mereka adalah golongan yang membawa kebenaran Alquran bagi mendaulatkan hukum hakam Islam dan mengantikan sistem barat yang hanya berasaskan pemikiran manusia yang lemah dan dilaknat oleh Allah S.W.T....

sebagai contoh mudah apabila Allah mensyariatkan menunaikan haji hanya di baitillah hilharam (makkah), maka wajiblah kita menunaikan haji disana saja...  tidak boleh untuk dipinda lg hukum itu....tidak boleh untuk kita menunaikan haji dimalaysia atau diindonesia tetapi hanya di makkah....jika ada manusia megubah tempat dengan berpendapat bahawa boleh menunaikan haji dari makkah ke tempat lain  maka sudah pasti akan ditentang oleh kumpulan atau jamaah yang memahami Alquran dan menyebabkan perpecahan berlaku kerana sama sekali berlawanan dengan firman Allah dan kehendak Alquran... 

Islam dan sekular pasti akan berlawanan...pilihlah Islam anda selamat..

  
Kesimpulanya Apabila manusia cuba untuk mengambil selain dari Islam dan hukum Alquran sebagai sistem kehidupan, yakni sistem rekaan manusia seperti sekularism, komunism, sosialism dll adalah mereka yang mencetus kan perpecahan dikalangan ummat islam....kerana mereka cuba untuk meminda hukum-hakam yang telah ditetapkan Allah dalam Alquran.... sudah pasti akan muncul sekumpulan atau jamaah yang akan berjuang untuk mendaulatkan kalimah Allah dari terus dinodai oleh tangan2 jahat manusia yang ingkar dengan ketentuan dan hukum hakam dari Allah....... 

Firman Allah taa'la:

  60. Tidakkah kamu heran, wahai Nabi, melihat orang-orang yang mengaku beriman kepada kitab yang diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang diturunkan sebelummu? Dalam pertengkaran, mereka mendasarkan hukum-hukum dengan selain hukum Allah yang mengandung kesesatan dan kerusakan. Padahal, mereka diperintah Allah untuk tidak berpegang kepada hukum selain hukum Allah itu. Setan hendak menyesatkan mereka dari jalan yang benar dan lurus sehingga mereka menjadi sangat tersesat.

 Maksudnya:
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (Annisa-60)


Firman Allah taala lagi:





Maksudnya:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (Annisa-61)

Semoga sedikit sebanyak membantu meningkat kan kefahaman kita bersama....yang lemah dari insan yang menulis jua.....yang sempurna datang dari Allah jua...wallahuaqlam....


p/s: pastikan kita berada dalam jamaah yang mahu mendaulatkan syariah dari quran supaya selamat dunia dan yang penting sekali selamat dari azab api neraka Allah kelak.......