Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, September 17, 2009

Gelombang ke-2 bersih...

 
       himpunan bersih rakyat malaysia...

Tanggal 27 romadhon pada tahun ni telah diadakan satu lagi perhimpunan dengan memakai baju berwarna kuning sebagai lambang protes...bertempat di D house shah alam seramai lebih kurang 400 orang berkumpul tuk menzahir kan perasaan tidak puas ati masing2 terhadap........erkkkk sebenarnya ni bukan himpunan bersih cam kat KL dulu...sebenarnya ana baru2 ni masuk satu competition yg dibuat oleh DIGI...

Challenge For change tu la dia punya tema...so suma orng kena pakai baju kuning sebab digi kan kan warna kuning...tapi bila suma pakai baju kuning teringat plak kat himpunan bersih...nama team ana Green The Earth n my project title is temperature control using the fuzzy logic controller...tapi x menang pun...dan dbawah dsenaraikan kenapa x menang....kih2..

  1. Buat last minutes kija..
  2. ada test banyak 
  3. quiz pun ada
  4. malaih gila
  5. x yakin bleh menang
  6. lu pikir la sendiri.....
Tapi x pa my lecturer cakap takes this as your experiance  and exposure to the project competition...tapi yang x best nya kebanyakan budak2 yang masuk budak2 cina....mana budak2 melayu....ni yang x best nak bincang ni....Actually, suma U ada dari sabah n sarawak pun ada....dari 15 yang hantar 6 ja terpilih...ana rasa no-7 tu mesti  kumpulan ana punya,, tewas skit ja tu...haha..

Emm.... kalo x ada pengisian x best gak ni...tiba2 teringat tazkirah yg dsampaikan oleh ustaz najmi karim semalam...dia kata takbir raya sepatut nya dilaungkan dengan nada tegas dan semangat kerana ia bagai melambang kan kemenangan kepada Islam ...Dan hari raya fitrah juga bermaksud kita kembali kepada asal dan berjaya melepasi sebulan berpuasa jesteru itu kita seharusnya melahirkan rasa syukur pada Allah taala...Diceritakan asal kalimah takbir ini lahir dari mulut nabi ketika mana salah satu perang (badar kalau x silap) yang di lalui nabi selepas salah seorang sahabat nabi telah berjaya memengal kepala Abu jahal....ketika itulah nabi menyebut inilah 'firaun pada zaman aku'..lantas nabi menyebut lafas takbir...
Ertinya:
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, 
Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, 
tiada Tuhan melainkan Allah, 
dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, 
kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, 
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 
dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), 
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”

berlainan dengan versi orng melayu yang melagukan takir ini dengan penuh syahdu dan nada yang sedih....moga2 sedikit pengisian memberi manfaat...wallahuaqlam... 
kat bawah ada sikit gambar yang ana sempat ambil semasa program tu...
                    jejaka perasan.......
                   Deep green...
                 agak2 mana satu ana...hehe..
             baju free....
                 pegumuman pemenang .......
              all my freind and lecture...

Friday, September 11, 2009

ketenangan yang dicari...

Tadi baru selesai kuliah dhuha...disampaikan oleh insan yang tidak asing lagi dalam dunia perjuangan Islam ditanah air kita malaysia ni al fadhil ustaz tuan ibrahim tuan man....tersentuh hati tadi bila abis kuliah ana bersalaman dengan dia...tawaduk, berakhlak mulia, dan lemah lembut org nya...ketika tangan dhulur lalu disambutnya dengan senyuman...di sambut tangan kita lalu mata bertentang mata lantas turun kehati terasa tenang menyerap turun....ku mengharap pada Allah jadikan lah hatiku ini lembut dan tenang senantiasa dengan bertentang mata dengan orang2 soleh sepertinya....
 
tuan guru tuan ibrahim kiri skali......

kuliah dhuha ni sepatutnya start kul 9 tapi ana pergi kul 10...setengah jam ja dapat timba ilmu...tapi tak apa la sekurang2 nya ana pergi la juga...da la pergi lewat buku note lupa plak nak bawa, so x catit la pagi ni...tapi sebelum terlupa baek ana abadikan kat dalam blog ni moga2 memberi manfaat...

Ada satu tips yang diberikan oleh tuan guru berkenaan dengan melembutkan hati kanak2 yang degil....cara nya adalah...
1) solat sunat 2 rakaat dulu
2)selawat pada nabi
3)suratul fatihah
4)ayatul qudsi
5)3 kul 
6)saratul toha (1-6)
7)doa, dalam doa sebut nama anak itu dan tutup dengan selawat
 Afdhol nya bagi kanak2 perempuan bapa yang buat, dan kanak2 lelaki emak yang buat...

ayat ini (suratul toha) diambil semperna peristiwa ketika ummar al-khattob ketika mula2 mendengar ayat quran lantas hati nya lembut untuk menerima Islam...Inilah ayat digunakan untuk melembutkan hati yang keras dan malas....dan pada pendapat ana boleh ja nak baca kat orang dewasa yang hati dia keras seperti panas baran dan sebagainya.....terutama pada pasangan suami isteri.....

semoga serba sedikit ilmu menjadi amalan kita....yang kurang ana minta maaf sebab tadi x bawa nota....moga2 kekurangan di nasihat kan oleh rakan2 yang lebih ariff....Insyaallah...
wallahuaqlam....

p/s=syok dengaq kuliah...moga2 kawan2 pun sama....

Wednesday, September 9, 2009

Shahrul Jihad...


Alhamdulillah.....
 
panji perjuangan Islam...


Genap sudah 19 hari kita berpuasa..hanya tinggal lebih kurang dua minggu ja lagi tuk kita berpuasa dan berada dalam bulan yang penuh barokah ini..kebetulan tadi ketika ana pergi ziarah kerumah kawan tuk bincang pasal final year project...tiba2 salah sorang kawan ana (budak maahad muhammadi lelaki, ayah min) nak berbincang tentang soal jihad...berbetulan lah kita sekarang berada di bulan romadhon yang juga di kenali dengan shahrul jihad (bulan jihad)...


Dalam bulan ramadhon ini sedar tak sedar Islam diuji dengan pelbagai perang dan yang paling famous adalah perang Badar alkubro(17 romadhon 2 hijriah) perang yang pembezaan diantara yang kebenaran dan kebatilan...perang permulaan dalam sejarah Islam yang mana ahli perang ini hanyalah terdiri 313 org semuanya...pihak musuh kaum musyrikin makkah sumanya berjumlah 1000 org...perang yang genting ini adalah penting untuk menentukan hala tuju Islam sebab itu Nabi merharap kepada Allah supaya diberikan kemenangan...Diibarat kan sahabat2 pada ketika itu malam mereka bagaikan a'bit(kuat beribadah) dan siang mereka berperang seperti singa yang garang bagi mempertahan ugama suci ini.. "walaupun jumlah nya tidak adil namun pertolongan Allah hadir jua kepada hambanya yang berperang dengan bekalan takwa walaupun ketika itu hanya berbekal kan senjata pelepah tamar dan sereban ...diceritakan dalam peperangan itu turun beribu2 malaikat di langit mmbantu Islam bagi meranapkan tentera musuh...
Firman Allah SWT....

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).(a'li imron-123)..
  139. Selain itu, janganlah kalian merasa lemah lalu tidak berjuang dan berperang karena hal-hal yang menimpa diri kamu sekalian! Jangan pula meratapi saudara-saudara kalian yang gugur! Kalian, berkat dukungan Allah, keimanan, dan kekuatan kebenaran yang kalian bela, adalah lebih tinggi dari itu semua. Dan kemenangan akan selalu berada di pihak kalian bila keimanan kalian betul-betul kuat dan sepenuh hati.  
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.(a'li imron-139)..
 
jihad.....


Sukalah di sini penulis membawa satu kisah yang dekat dengan kita dimalaysia sebagai satu pengajaran yang berharga dan dapat dikenang sepanjang hayat kita...dimana Islam bertapak maka tidak dapat tidak seruan jihad untuk menegakkan kalimah Allah pasti menjadi fardhu ain...di zaman kesultanan melayu kedah dahulu terdapat satu permata Islam telah muncul bagi menyelamatkan akidah ummat Islam Kedah daripada rosak di tangan penjajah siam...Beliau adalah Syeikh Abdul Samad Palembang...


Beliau asalnya menetap di makkah al mukarramah dan menjadi guru di sana...beliau berasal dari palembang Indonesia...Ketika mana kerajaan Kedah telah diserang dan ditawan oleh kerajaan siam sultan kedah telah berbincang dengan mufti pada waktu itu untuk menyelamatkan rakyat kedah dari dijajah...Lalu memberi pendapat supaya mengutuskan surat kepada syeikh Abdul samad palembang di tanah haram...sesudah menerima surat daripada sultan kedah Assyahid Abdul Samad palembang lansung tidak menolak...di umur yang sudah lanjut sekitar 70-an langsung tidak mengugat seruan jihad bagi memerdekakan ummat Islam dari dijajah oleh kerajaan kafir yang mungkin menatijahkan murtad beramai-ramai apabila dipaksa dengan seksaan...
 
Permata Islam.....


Beliau yang tiba di tanah melayu kedah mula meniupkan  ruh semangat jihad ummat Islam melayu bangkit melawan kuffar siam di sekitar kawasan tikam batu, kedah...barokah demi barokah turun membantu di setiap medan peperangan yang dilalui oleh jundullah yang diketuai oleh Assyahid Abdul Samad palembang...sehinggalah siam akhirnya dapat diusir dari utara kedah di bukit kayu hitam...tentara kaum muslimin juga berjaya mengundurkan tentera musuh sehingga ke dalam daerah jajahan siam sehingga ke songkla...


Namun begitu Allah telah mentakdirkan Syeikh Abdul Samad Palembang gugur syahid dengan leher nya telah dipenggal tanpa balas kasihan....di sinilah kita dapat melihat keagungan kekuasaan Allah taala, kepala Assyahid Abdul Samad palembang telah di simpan dimuzium maharaja siam sebagai mengigati manusia yang pernah menewas dan mengusir tentera siam yang sememang nya terkuat di rantau ini...Apa yang menjadi perhatian semua orang ialah kepala beliau yang sudah lama dipenggal tidak henti2 mengalirkan darah dan peluh di janggut sehingga sekarang...dan pekara itu telah disaksikan sendiri oleh perdana menteri kita yang ke-empat sewaktu lawatan rasmi beliau ke thailand seketika dahulu....benarlah firman Allah taala...


  169. Janganlah kamu mengira bahwa mereka yang terbunuh di jalan Allah itu benar- benar mati. Tidak! Mereka hidup dalam suatu kehidupan yang sifat dan bentuknya hanya diketahui oleh Allah sendiri. Di sisi Tuhan, mereka diberi suatu rezeki yang sifat dan bentuknya juga hanya diketahui sendiri oleh Allah.
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;(a'li imron)..
 
hidup mulia atau mati syahid


Nah kawan2 ku, apa lagi yang harus kita dustakan dari ayat2 Allah yang maha benar....apakah kita masih lagi meragui tentang setiap yang difirman kan Allah pada ummat manusia..Maha suci Engkau Ya Allah....Kita sebagai ummat Islam seharusnya menjadikan Al quran sebagai panduan Hidup kita dalam setiap aspek kehidupan kita dari sekecil2 pekara (cth nak masuk tandas langkah kaki kiri dahulu)   sehingga sebesar2 pekara yakni memerintah sebuah negara dengan undang2 dan hukum hakam yang telah siap lengkap dan tidak ada cacat celanya yang diturun kan kepada manusia untuk dilaksanakan...sedangkan hukum hakam yang diciptakan manusia samaada sekularism, nationalism, melayunism, kapatilism, dan bermacam2 lism lagi adalah lemah dan mengundang murka dan laknat dari Allah taala...


wahai kawan2 ku jom kita jadikan bulan romadhon kita pada kali ini sebagai satu perubahan untuk kita menyakini segala firman Allah dan berjuang untuk menegakkan Islam yang tercinta di bumi tercinta kita MaLAysia......jadikan lah kisah diatas sebagai pengajaran yang berguna dan menginsafi akan tahap amalan kita pada Allah taala...sedangkan mereka yang benar2 beriman pada Allah ta'ala  adalah mereka apabila diseru berjihad lantas mereka tanpa banyak soal keluar berjihad demi memelihara Ugama tauhid ini tanpa sedikit pun mengharap habuan duniawi....

marilah kita berfikir sejenak bagaimana kita sedia maklum bahawa alquran ini di turun kan pada bulan romadhon dan ditakdirkan Allah juga bulan ini penuh dengan peperangan yang menunutut setiap commitment sahabat2 mengorban kan harta dan nyawa mereka sendiri dalam keadaan letih nya mereka berpuasa...inilah yang dikata kan dengan semboliknya kepada kaum muslimin, jika mana kamu ingin menegakkan quran itu pada mana2 zaman pun maka sudah pasti kamu akan berhadapan tuntutan jihad dengan harta dan jiwa kamu...kerana menjadi lumrah manusia yang dengki akan memandang serong terhadap perjuangan Islam lantaran kejahilan dan penyakit hati yang melanda ummat islam yakni hubbuddunya wa karo hiyatul maut (cintakan kan dunia dan bencikan kepada kematian)...


Yang lemah adalah datang dari insan yang menulis jua dan yang sempurna adalah dari Allah TA'ala...penulis berpesan pada diri sendiri dan rakan2 lain bersama2 mengambil pengajaran dari kisah diatas....InsyaAllah....



p/s= Allah x rugi apa2 jika x sokong agama dia...tapi kita yang rugi kalo x mendokong syariatNya..dia boleh ganti dngan kaum yang lebih baek....

Monday, September 7, 2009

Amalan kekasih Allah....

 Bismillahirrahmanirrahim.......


  18. Tetapi, orang-orang yang dapat memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah, percaya kepada hari kebangkitan dan hari balasan, melakukan salat sebagaimana yang diperintahkan, menunaikan zakat harta mereka dan tidak takut selain kepada Allah. Merekalah yang diharapkan menjadi orang-orang yang mendapatkan petunjuk ke jalan yang benar di sisi Allah.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.(At taubah -18)
      Alhamdulillah...bila ana duduk termenung tadi tiba2 terpikir tentang peripentingnya sembahyang berjamaah khususnya d masjid..bukan apa ana tengok kawan2 suma macam tak kisah sangat pasal solat jamaah d masjid...mungkin bagi mereka solat kat rumah pun sudah memadai asalkan solat...harap2 dengan penulisan ni sedikit sebanyak mmberi sedikit pemahaman tentang mengimarahkan masjid...

       Firstly, kita kena tau sikit takrifan masjid yakni asal perkataan sajada iaitu sujud atau tempat sujud..Inilah element terpenting dalam Islam oleh sebab itu apabila nabi sampai ke madinatul munawwarah dalam peristiwa hijrah, nabi bermula dengan pembinaan masjid...Ini penting untuk membina hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T sebelum  membina hubungan sesama insan..

    Nabi kita Muhammad SAW adalah habibullah(kekasih Allah), manusia sebaik2 manusia d atas muka bumi ini,  dalam 5 waktu sembahyang nya telah menjadikan solat berjamaah d masjid sebagai pilihan..Bahkan ketika nabi sakit sekali pun nabi mengagahi untuk berjamaah d masjid..Jadi sebagai insan yang  mencintai Islam dan beriman pada hari Kebangkitan sudah pasti kita harus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghadirkan  diri kita ke masjid2 Allah sebagai bukti kita mencintai sunnah rasul SAW. Tepuk dada tanyalah Iman wahai kaum muslimin...
        Sesunguh nya salah satu dari tujuh pekara, insan yang mendapat naungan Arasy di padang masyhar adalah pemuda yang sentiasa hatinya pada masjid (berulang-alik)...Ana menasihatkan diri sendiri dan rakan2 supaya dengan kudrat yg ada ini kita mmbuat satu perubahan dlam hidup kita kepada yang lebih baek berpandukan Quran dan sunnah Nabi SAW..moga2 kita mendapat rahmat dari nya didunia dan akhirat....InsyaAllah...
 

Sunday, September 6, 2009

Alhamdulillah...

musafir jauh...
Aku musafir jauh...akhirnya berjaya juga ana create satu blog pribadi...Alhamdulillah...Berbetulan hari ana ceate blog ni jatuh pada 17 ramadhan 1430 yakni hari nuzul quran, susah juga nak setup ni...nak pikir tajuk pun susah...sepetang juga lah nak cari tajuk ni...mula2 tak tahu nak tulis pasal apa puas gak pikir...politik? diari harian? atau agama?...kebanyakan blog yg ana baca lebih menjurus pada parti politik...tapi x apa la ana rasa nak tulis apa saja yang terlintas d kepala...baek ugama, politik dan whatever lah yg rasa boleh dikongsi -kongsi pengalaman dan pendapat...

Kita umpama dalam satu perjalan bermusafir dari satu alam ke alam yang lain tanpa kita kadang2 sedari... dan alam yang kita diami sekarang adalah alam dunia yg penuh dengan tipu daya dan kelalaian... alam dunia ini adalah diumpamakan sebagai persingahan sementara sebelum menerus perjalanan mengadap Allah taala di padang mahsyar kelak...dan persingahan inilah sepatutnya digunakan untuk mengumpul makanan dan minuman sebanyak yg mungkin...makanan dan minuman disini dmaksudkan dengan amalan soleh kepada Allah taala..

maka diharapkan kita mengambil peringatan bersama agar kita menjadi manusia yang senantiasa bermuhasabah akan hakikat kehidupan kita yg sebenar...IsyaAllah...

yang lemah datang nya dari diri ini dan yang sempurna itu dari Allah jua...selamat berkongsi ilmu... ...assalamualaikum...




p/s: follow la ana